Rabu, 27 Disember 2017

ISTIADAT PEMAKAMAN BEKAS RAJA ROMANIA





Bekas Raja Romania, Raja Michael I telah mangkat pada 5 Disember 2017 di kediaman rasminya di Switzerland dalam usia 96 tahun akibat penyakit lukemia, setahun selepas kemangkatan isterinya, Permaisuri Anne. Kerajaan Romania dengan persetujuan Parlimen negara tersebut bersetuju untuk mengadakan Istiadat Pemakaman Diraja bagi pemerintah negara itu. Segala persiapan telah dibuat dengan melibatkan pasukan tentera serta jemputan beberapa orang ahli kerabat diraja yang lain.

Pada 13 Disember, keranda bekas raja dibawa pulang dari Switzerland dengan menggunakan pesawat tentera kerajaan dan tiba di Lapangan Terbang dan dibawa ke Hall of Honour, Peles Castle. Kemudian, keranda di bawa ke Bilik Singgahsana Diraja Istana Negara di Bucharest bagi membolehkan rakyat jelata memberikan pernghormatan terakhir. Pada pagi 16 Disember 2017 setelah selesai upacara keagamaan ringkas di Bilik Singgahsana, keranda di bawa ke hadapan Istana Negara untuk upacara keagamaan dan ketenteraan yang diketuai oleh paderi ortodoks. Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan bagi menghormati Raja Michael I dan loceng gereja dibunyikan semasa istiadat dilaksanakan. Setelah selesai istiadat itu, keranda diarak sebelum dibawa menaiki kereta api menuju ke bandar Curtea de Arges untuk upacara pemakaman tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga dan jemputan negara.


Keranda Raja Michael I diletakkan di Bilik Singgahsana Istana Negara bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir


Suasana di Bilik Singgahsana yang pernah digunakan oleh Raja Michael I sebelum sistem pemerintahan beraja negara itu dimusnahkan oleh penjajahan komunis

 Keranda Raja Michael I diarak dengan menggunakan kenderaan tentera bagi menghormati baginda sebagai Ketua Angkatan Tentera Romania semasa Perang Dunia Kedua

Keranda Raja Michael I dilitupi dengan Bendera Peribadi Raja Romania dan Replika Mahkota Kerajaan diletakkan di atas keranda

Walaupun Romania kini menjadi sebuah negara republik, tetapi mereka masih lagi menghormati keluarga Diraja kerana masih menganggap bahawa Raja Michael I merupakan pemimpin yang banyak berjasa semasa era penjajahan komunis, Dianggarkan hampir 16000 rakyat berkumpul di sepanjang jalan sambil melaungkan  “Your Majesty, we love you!” “Monarchy saves Romania!” or “The King and the fatherland

Antara tetamu kerajaan yang hadir
Mantan Raja dan Permaisuri Sepanyol, Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia
Pewaris England, Putera Charles
Raja dan Permaisuri Sweden, Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia
Pemerintah Luxembourg, Grand Duke Henri
Bekas Raja Bulgaria, Raja  Simeon II
Bekas Permaisuri Greece, Permaisuri Anne-Marie
Bonda Raja Jordan, Puteri Muna Al-Hussein
Kekanda Raja Belgium, Puteri Astrid dan suaminya Putera Lorenz


Isnin, 24 April 2017

MAJLIS MENGHADAP KDYMM SULTAN BRUNEI BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V


 KDYMM berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Warkah Persilaan bagi Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Malaysia, Sultan Muhammad V

3 APRIL 2017
ISTANA NURUL IMAN
 SUMBER: http://www.infofoto.gov.bn/main.php?g2_itemId=599158

MAJLIS MENGHADAP YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V








27 MAC 2013
ISTANA TELIPOT, KEDIAMAN RASMI SULTAN KELANTAN
SUMBER: http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/majlis-menghadap-ke-bawah-dymm-pemangku-raja-kelantan-bagi-menyembahkan-persilaan-ke

MAJLIS MENGHADAP TYT YDPN PULAU PINANG BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V





19 MAC 2017
SERI MUTIARA, KEDIAMAN RASMI TYT YDPN PULAU PINANG
SUMBER: http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/majlis-sembah-menghadap-berkenaan-acara-acara-sempena-istiadat-pertabalan-kdymm-spb-ydp

MAJLIS MENGHADAP TYT YDPN SARAWAK BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V






15 MAC 2017
ASTANA NEGERI, PETRA JAYA, KEDIAMAN RASMI TYT YDPN SARAWAK
SUMBER: http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/majlis-menghadap-tyt-negeri-sarawak-bagi-menyembahkan-persilaan-ke-istiadat-pertabalan-dymm

MAJLIS MENGHADAP DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V








8 MAC 2017
KEDIAMAN RASMI  DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
SUMBER: http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/malis-menghadap-yam-tuan-besar-negeri-sembilan

MAJLIS MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BAGI MENYEMBAHKAN PERSILAAN KE ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDPA SULTAN MUHAMMAD V










9 MAC 2017
ISTANA ALAM SHAH
SUMBER: http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/majlis-menghadap-sultan-selangor